Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

Pages

Popular Posts

Thursday 25 October 2012

En JuL ON9 bloG: Gangnam style sebenarnya tidak popular.

En JuL ON9 bloG: Gangnam style sebenarnya tidak popular.: Gangnam style tidak popular hanya dijepun je kowt, PSY merupakan penyanyi bagi lagu ini tetapi yang menjadikannya popular adalah kerana t...
Monday 22 October 2012

Gaji tukang cuci dinaikkan menjadi RM 2,497

 

Gaji tukang cuci RM2497 sebulan, ni gaji minimum dekat singapore dalam singapore dollar 1000. kira sama la kot dengan gaji cleaner kat malaysia RM 1000 sebulan, sebab kakak cleaner kat ofis admin cakap gaji dia sebulan Rm 1000 tapi kira berbaloi la. Bukan senang nak buat kerja cuci-cuci ni, rumah sendiri pun kadang tak bersih, tak payah ambil rumah la cuba ambil dalam ruang yang kecil bilik kita... hahahahaa... mesti tak hari-hari bersih kadang-kadang rasa malas gila nak bangun kemas. Kalau sesiapa nak gaji 2k sebulan boleh la mohon tukang cuci kat singapore. kalau jadi kat Malaysia macam mana agaknye yew? mesti tukang cuci kne ade degree, hahaaaa... lepas tu kalu nk cuci mesti guna mesin jew dah, sebab kalu guna mesin gaji lagi mahal kne pakai PCB, CPU hahaaa.. Lepas ni kalau kat sekoah cikgu tanye ape cita-cita awak? adela yang letak jadi tukang cuci sebab dah kebih kurang dengan gaji cikgu... heheheee.. 


Keje umah pun dah tak buat lagi, ari-ari kene rotan la jawabnya. Tapi tu kat singapore yew... kalu kita kat sane pun same jugak macam kat malaysia. Nasi lemak kat Malaysia RM1.50 dekat singapore SG$1.50 same jew... Lain la kalu keje kat singapore tapi makan, minum, rumah semua kat Malaysia kiranya singapore untuk cari duit jela.. boleh kew? Marilah kita merajinkan diri demi mengurangkan kos sara hidup kita dari mengupah sahaja, tapi nanti kesian pulak dekat dorg yang wat bisnes cuci-cuci. Bersihkan bilik dan rumah jela, ofis buat quot anta dekat bos pastu tepon kakak-kakak  cuci ni datang.



Friday 19 October 2012

AES ( Adoi Eneng Saman) kok.....


 


Semakin canggih kamera dewasa ini dengan pelbagai fungsi dan clearnye gambar bila snap picture semakin ramai yang memilikinya, tapi kamera ni memang korang tak nak beli la. Tapi kamera AES ni paling susah nak guna kalau korang nak tau, sebab die tak nak tangkap gambar yang slow-slow ni, kalu cam admin die mmg xlyan la kete paling laju berani bawak pun 80 km/j. Bukan takut tapi tu jew laju yang mampu pergi, bagi admin ini juga salah satu langkah yang baik supaya pemandu dinegara kita tidak menjadikan jalan raya seperti medan perlumbaan yang bakal meragut nyawa die sendiri atau orang lain. Paling teruk membahayakan orang lain jugak la, tengok lori dan bas sekarang dorg memang tak tahu ade orang lain kat tepi. Admin rasa die dah habis tekan minyak baru ingat nak brek, tak pun die lupa kat mane pedal brek. Paling bahaya motorsikal yang menggunakan jalan raya, kadang - kadang kena angin dua kenderaan ni dah cukup buat dorg terbabas. Dengan adanya AES ni diharap angka kematian dijalan raya akan dikurangkan setiap hari. Musim raya adalah musim maut, setuju atau tidak? Jadi tak payah nak laju-laju bawak kenderaan atas jalan  raya ok! Thanks untuk JPJ sebab ambil langkah ini, diharapkan ia dapat mendidik pengguna jalan raya yang lain.Admin bagi lokasi AES jadi hati-hati yew, tak payah bawak laju-laju sangat lah. Minyak pun dah mahal sekarang ni pun salah satu langkah mengurangkan kos isi rumah, sayangi nyawa dan duit anda. Dari bayar saman baik sedekah kat masjid banyak pahalanye.

Thursday 19 April 2012

Polis di Malaysia adalah adil dan bertangungjawab


Cuba anda perhatikan video ini polis Malaysia sentiasa membantu orang yang didalam kesusahan apabila diperlukan tanpa ada sifat dendam walaupun badan ini selalu dihina dan diburuk-burukkan pihak tersebut, anggota polis yang berada berhampiran didataran merdeka itu harus diberi pujian kerana berada tepat pada waktunya. Jika tidak sudah pasti mahasiswa ini berdepan masalah atau mungkin meragut nyawa mereka sendiri, mungkin saudara-saudara yang datang pada malam tersebut berasa mual kerana paparan wajah mereka sering berada di media massa. Mungkin ada benar apa yang diperkatan oleh salah seorang saudara yang datang menyerang dimana beliau mengatakan bahawa dari kecil sudah hidup dengan kesenangan untuk belajar yang telah diberikan pihak kerajaan kin apabila dewasa ingin menentang kerajaan. Jika saudara ada anak atau adik-adik yang masih bersekolah cuba lihat dibelakang buku teks pinjaman persekolahan berapa ringgit sebuah? Menurut kira-kira yang admin lakukan jika tanpa bantuan kerajaan sudah pasti pendidikan anak kita akan terbantut, admin memohon agar mana-mana pihak kerajaan yang bakal memerintah agar menitikkan beratkan soal pendidikan kerana admin adalah golongan berpendapatan rendah. Jika bantuan sedemikian dihentikan bagaimana admin ingin memberi pendidikan berkualiti buat anak-anak admin akan datang, bukan itu sahaja pihak polis juga sangat cekap dan pantas serta telah menjamin keselamatan negara. Dengan tahap keselamatan negara yang seperti sekarang ini ia membantu negara dalam memacu pembangunan kerana tahap keyakinan para pelabur luar yang tinggi terhadap negara kita sekaligus mencipta ruang dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Para mahasiswa sila berterima kasih dengan anggota polis tersebut kerana mereka tidak mual atau bosan dengan karenah kalian, mereka masih lagi mahu membantu sewaktu kalian diserang. Masih ingat apa tindakan anda sewaktu anda menyalahkan pihak polis melakukan keganasan? Anda memburuk-burukkan mereka, jadi silalah meminta maaf keatas mereka. HIDUP POLIS MALAYSIA!!!!!
Wednesday 18 April 2012

Mari kita mencari rezeki yang Halal.




Maksudnya  "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai  Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."



Berusaha mendapatkan rezeki halal dituntut dalam Islam. Malah di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menganjurkan umat Islam supaya berusaha mencari rezeki halal.
Ayat-ayat al-Quran menjelaskan bahawa berkerja adalah tugas serta tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan merupakan satu ibadah. Malah, sebarang usaha mencari rezeki halal adalah fardu ain. Rasulullah s.a.w. mengingatkan : Mencari sesuatu yang halal adalah fardu selepas menunaikan fardu (sebelumnya).
Mungkin timbul di fikiran kita, Kenapa orang yang mencari rezeki di jalan yang tidak halal dikurniakan kemewahan dan kesenangan. Sedangkan orang yang mencari rezeki di jalan halal, kehidupannya ala kadar sahaja?
Mengupas pelbagai persoalan berhubung rezeki ataupun disebut hasil pendapatan sebagaimana saranan Islam, ikuti perbualan bersama Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah sewaktu ditemui di kampus induk KUIM di Bandar Baru Nilai, baru-baru ini.

Apakah definisi rezeki dan rezeki yang diberkati menurut pandangan Islam?
Jawapan: Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-rizq atau al-`atha’ iaitu pemberian. Manakala, dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah s.w.t. kepada semua makhluk, tidak kira sama ada ia halal atau haram.
Rezeki berkat pula bermaksud, rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita, tetapi ia sesuatu yang baik dan cara ia diperoleh juga baik. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 168 bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
Ayat ini menjelaskan lagi bahawa kita mesti mendapatkan rezeki yang berkat, kerana Allah s.w.t. menyebut demikian. Kita diperintahkan supaya bukan setakat memakan rezeki yang halal tetapi juga rezeki yang baik harus menjadi prioriti. Contohnya, sesuatu makanan yang halal belum tentu baik kerana ia menjejaskan kesihatan kita sekiranya diambil dalam jumlah banyak, seperti gula, daging atau makanan yang sudah basi.
Selain itu, mencari rezeki juga memerlukan tujuan yang baik, bukan tujuan untuk mencari kekayaan semata-mata dan menjadi takbur de-ngan kekayaan itu, ataupun mencari rezeki bertujuan membantu orang kafir, membunuh orang Islam dan banyak lagi.
Malah dalam konteks berkat itu sendiri, ia membawa maksud bertambah secara maknawi atau tersirat. Ini tidaklah bermakna rezeki RM100.00 menjadi RM150.00, tetapi kita merasa cukup dengan pendapatan yang sederhana biar pun jumlah anak ramai.
Walaupun perkara ini tidak disebutkan di dalam al-Quran atau hadis, tetapi berkat itu sendiri membawa maksud peningkatan, penambahan dan penyuburan.

Bahaya arak!

Arak perosak anak bangsa

Dengan kepesatan pembangunan lantaran negara kearah kemajuan pelbagai perubahan yang telah kita lihat sungguhpun ianya adalah satu perkembangan positif didalam merintis arus modenisasi bagi mencipta sebuah negara membangun namun terselindung pula masalah sosial dan jenayah yang kadarnya masih sukar dibendung sehingga menjerumus orang melayu menjadi salah satu daripada penyumbang ke arah statistik jenayah yang berlaku. Jangan kita terus alpa sebaliknya mencipta langkah bagi mengawal kerosakkan orang melayu agar ia tidak terus hanyut ditelan gelombang kerakusan yang bernafsu, kini jika kita lihat minuman yang memabukkan seperti arak bebas dipegang oleh orang Islam. Arak merupakan salah satu punca yang merosakkan bangsa melayu kini,Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: “ Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya:

1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di kalangan orang-orang berakal.

2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.

3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.

4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.

5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.

6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.

7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya.

8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.

9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.

10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.

Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.

Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

1.Kesan dari segi Kesihatan:
Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:

a) Kesan pada otak
1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.
b) Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

c) Kesan pada saraf

1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:

1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan menganggu alat pernafasan.

8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut.

9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung.

10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan hilang harga diri.

3.Kesan dari segi Keagamaan:

Peminum minuman keras biasanya akan melupakan semua kebaikan, mengabaikan dirinya dari mengerjakan ibadat sembahyang dan mengingati Allah Taala dapat menghancurkan moral, meruntuhkan akhlak dan melemahkan perasaan dan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang dipandang mulia, waras dan berakal.

Keimanannya makin lama akan berkurangan, segala maksiat dan kejahatan menjadi sebati dan dianggap baik untuk dilakukannya. Dan jika mati dalam keadaan mabuk sudah pasti kerugian yang amat besar diperolehnya kerana tidak sempat bertaubat dan memungkinkannya menjadi kufur, sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Iman Al Hakim:

Ertinya: “Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka Allah Taala akan lucutkan imannya dari dirinya sebagaimana seseorang membuka baju dari kepalanya”.

4.Kesan terhadap kerukunan rumahtangga:

Minuman Keras juga dapat menjejaskan kehidupan aman berumahtangga apabila wang perbelanjaan keluarga akan dihabiskan semata-mata menurut hawa nafsu ketagihan arak. Pertelingkahan akan sering terjadi di antara suami isteri dan seluruh keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini sudah pasti tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga dengan baik. Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian orang tuanya. Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan akibatnya anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan tercicir dalam bidang pelajaran oleh itu timbul masalah-masalah gejala sampingan antaranya ponteng sekolah, menjadi anak-anak nakal, tidak lagi menghormati orang tua dan lain-lain kesan negatif. Ini adalah disebabkan keluarga yang keadaannya sudah kucar-kacir dan tidak lagi mengutamakan cara hidup yang betul dan hilanglah kerukunan hidup berkeluarga disebabkan pengaruh anak yang sangat bahaya.

5.kesan terhadap masyarakat:

Apabila seseorang itu meminum minuman keras secara terus menerus, ini bererti ianya telah ketagihan dan tidak dapat melepaskan dirinya dari cengkaman arak. Dengan demikian, si peminum akan bertambah sesat, hilang pengawalan terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Pengaruhnya yang sangat bahaya terhadap saraf-saraf otak di mana boleh mengakibatkan seseorang penagih tidak mampu mengendalikan diri, tingkah laku dan hilang pula rasa malu. Maka dalam hal ini hilang kesinambungan diri dan jauh dari nilai-nilai akhlak dan timbul pula keberanian untuk melakukan tindakan-tindakan negatif terhadap orang lain. Antaranya timbulnya permusuhan dan kebencian di kalangan teman-teman dan masyarakat sekelilingnya. Keamanan dan keselamatan masyarakat akan tergugat apabila terjadinya perkara-perkara sumbang, merosakkan rumahtangga orang lain dan bermacam-macam lagi akibat buruk akan terjadi disebabkan oleh arak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ertinya: “Janganlah kamu meminum arak kerana arak adalah kunci segala kejahatan”.

6. Kesan terhadap keselamatan umum:

Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri.

Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam sesebuah sector kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.
Tuesday 17 April 2012

Tangkal Kuasa pemimpin.

 Tangkal Kuasa PRU-13

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang memaparkan tangkal azimat yang digunakan bagi menghadapi piliham raya, perbuatan ini sudah menyekutukan Allah. Jika kita ingin memohon sesuatu kita perlu berusaha serta seiring dengan doa kepada Allah bukannya menyandarkan sesuatu yang sehingga boleh mendatangkan kesyirikkan. Sebagai pemimpin Melayu dan Islam perkara yang penting adalah menjadi pemimpin berlandaskan hukum Islam nescaya kelak disanjung oleh rakyat, menurut media massa yang menyiarkan berita ini tangkal azimat tersebut dibuat daripada kelambu kaabah. Sememangnya ia dihasilkan daripada bahan yang suci namun cara penggunaannya adalah salah sehingga menyekutukan Allah maka ia tetap salah disisi Islam, percaya kepada sesuatu yang boleh memberikan kesenangan hidup adalah salah ini kerana segalanya adalah daripada ketentuannya iaitu Allah. Inilah perspektif yang kini wajar kita ubah sebagai orang melayu, selalunya orang melayu mudah percaya pada tangkal azimat serta batu-batu yang bersinar kerana dikatakan dapat melindungi diri. Semua itu adalah salah kita sebagai orang Islam perlu mempercayai Allah yang menentukan segalanya dimuka bumi ini, kita hanya mampu berusaha dan setelah berusaha diirngi dengan doa kepadanya.
Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :

يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ

Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)
Melalui maksud ayat di atas maka terbuktilah jika kepimpinan dilakasanakan berlandaskan ajaran Islam nescaya tiada penindasan terhadap rakyat, kerana penindasan sering berlaku apabila pemimpin berpegang kepada nafsu semata-mata. Jika ingin memenagi sesuatu perhitungan yang besar seperti pilihan raya contohnya, pemimpin harus mempersiapkan diri bagi memenuhi syarat kepimpinan dalam Islam. Admin ingin menghuraikan beberapa syarat atau kreteria sebagai pemimpin Islam.
Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki

Firman Allah SWT:

          يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ

Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan  (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

Kedua: Adil 

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman Allah swt,

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Ketiga: Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman Allah swt :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)


Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Firman Allah swt.

لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya, "tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)
Jika cukup semua syarat ini tangkal azimat yang dimiliki dengan harga ratusan ribu itu hanyalah sampah maka disitu bukan berlakunya pelaburan tetapi sebaliknya iaitu pembaziran, Jika sifat dan akhlak pemimpin itu terpuji rakyat tidak akan teraga-agak untuk menyokong pemimpin tersebut. Admin ingin menyenaraikan akhlak serta sifat-sifat yang perlu ada didalam diri setiap pemimpin Melayu dan Islam, percayalah nescaya kemenangan serta keyakinan rakyat tidak akan goyah jika pemimpin mempunyai sifat serta akhlak terpuji.
Akhlak serta sifat-sifat terpuji yang harus dimiliki seorang pemimpin Islam.


1.  Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.

2.  Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3.  Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4.  Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5. Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6.  Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada manusia.

7.  Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8.  Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9.  Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10. Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11. Warak dan zuhud

12.Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan  memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah

14.  Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16.  Bersederhana di dalam segala perkara

17.  Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.