Nasi Lemak


Cuba lihat nasi lemak begitu banyak campurannya, ada telur rebus, ikan bilis goreng, timun, sambal dan nasi bersantan. Paling asas dalam hidangan diatas adalah nasi yang bersantan atau nasi lemak, kemudian diikuti dengan pelbagai juadah sampingannya. Nampaknya orang terdahaulu dari kita sudah memberi pertunjuk agar kita bersatu sesama melayu untuk mewujudkan kesepakatan yang akan memberi suasana yang harmoni. Nasi adalah asas yang boleh kita gambarkan sebagai negara kita yang tercinta Malaysia, kemudian disekelilingnya adalah orang melayu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan politik. Kesemuanya harus cukup rencahnya baru kita dapat menikmati juadah yang memikat selera, keenakkan rasa serta aroma yang tercipta kita gambarkan seperti keharmonian hidup apabila kita bersatu. Jika kurangnya salah satu juadah sampingan tadi seperti tiadanya sambal maka kuranglah rasa keenakkan nasi lemak ini. Lihat bertapa pentingnya perpaduan kita dikalangan orang melayu demi meneruskan kesinambungan sebagai pemerintah dibumi melayu ini. Jika kita boleh mengenepikan soal politik mahupun latar belakang sudah pasti kita akan menjadi bangsa yang kuat dan sekaligus mengharmonikan negara ini Malaysia bumi bertuah. Ayuh Melayu! kita bersatu, dengan kekuatan ini kita mampu menepis segala anasir-anasir yang jahat dimana mereka sedang mengintai ruang dan peluang untuk menghakis budaya serta perpaduan kita dikalangan orang melayu. Para ulamak harus dipandang tinggi kerana mereka adalah pendakwah untuk menjadi guru kita untuk menguasai ilmu Islam, jangan mengenepikan para ulamak kerana politik. Di Malaysia kini ada segelintir yang menghina ulamak kerana fahaman politik yang berbeza ini adalah bakal memesongkan akidah kita sebagai orang islam, ulamak juga harus menunjukkan contoh yang baik termasuk dari segi ucapan serta dakwah yang dibawa haruslah atas agama bukan politik semata-mata. Pemimpin negara juga harus kita hormati kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab menerajui negara, bukan mudah untuk memuaskan hati semua rakyat Malaysia. Namun kita harus memberi sokongan dengan usaha beliau supaya negara ini terus maju dengan pelbagai aktiviti pembangunan yang harus dibanggakan sebagai sebuah negara Islam dan atas nama negara orang Melayu. kita mempunyai adab dan etika sebagai orang Melayu, sedarlah wahai saudara-saudara kita mampu bersatu demi menguatkan perpaduan dikalangan orang Melayu. kita bukan bangsa yang lemah, kita bukan di ibaratkan seperti lalang yang ditiup angin. tetapi kita mempunyai keteguhan serta pendirian yang kental dalam bersatu menegakkan Melayu dan Islam dibumi Malaysia. Ayuh Melayu!!!