Anak gadis yang sadis.

Metro muka hadapan pada hari ini memaparkan artikel berkenaan anak yang sanggup mengurung ibunya sendiri apabila ibunya berkahwin lain, anak kepada ibu malang ini sudah pasti merasakan tindakan yang dilakukan oleh mereka adalah benar. Jika ditanyakan kepada orang diseluruh pelusok negara jawapannya tetap sama, anda adalah anak yang kurang ajar kerana tegar melakukan tindakan sedemikian kepada ibu kalian sendiri sedangkan dari kecil di Pra-sekolah lagi telah diajar untuk beradab dengan ibu sendiri, admin rasa perkara ini amat memalukan dan boleh juga di gelar anak derhaka admin kira ia bersesuaian. Para ulamak ada mengatakan walau sejahat mana serta seburuk mana akhlak ibu bapa kamu mereka adalah tetap ibu bapa kamu yang telah berusaha untuk membesarkan kamu, daripada air mani yang terbentuk segumpal darah sehingga terciptanya kamu dimuka bumi milik Allah. Sungguhpun pinjaman ini adalah sementara tetapi kita masih boleh mengecapai hidup sebagai manusia yang tinggi darjatnya berbanding binatang. Admin berasa kesal diatas kejadian yang menimpa ibu malang tersebut, seharusnya perbincangan serta toleransi perlu bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni serta bertamadun. Ini bukanlah adab sebenar sebgai seorang anak, sungguhpun adakala tindakan yang dilakukan oleh ibu mahupun bapa kita bercanggah dengan hasrat kita. Perlu diingatkan doa yang paling makbul adalah daripada ibu bapa, sedih admin melihat perkara sebegini berlaku lagi sewaktu negara sedang bergerak kehadapan dengan dipacu oleh pembangunan serta ekonomi yang mampan tetapi masih ada lagi insan yang bergelar anak berlaku zalim keatas ibu kandung mereka sendiri. Anak wanita tersebut masih dalam lingkungan masih muda, cuba bayangkan dengan umur yang sedemikian anak gadis wanita ini mampu memperlakukan sedemikian keatasnya. Jika wanita malang ini mencapai waktu uzurnya kelak sudah pasti anak derhaka ini akan menghantar ibu mereka kepusat-pusat jagaan orang-orang tua, pada pendapat admin ia masih lagi relevan bagaiman pula jika wanita malang ini dicampakkan ketepi jalan dan hidup merempat seperti gelandangan? Sedarkah kita bahwa ibu yang mengandungkan kita melalui pelbagai dugaan dan cabaran sehingga sampainya masa kita lahir kedunia ? Admin tidak sanggup melihat ibu-ibu yang lain hidup sengsara apabila diabaikan oleh anak mereka, admin menyimpan hasrat dan cita-cita disuatu masa apabila admin dikurniakan rezki yang banyak admin ingin laburkannya disaham akhirat iaitu menyumbang wang tersebut keruma-rumah kebajikan. Namun kini admin hanya berpendapatan kecil selaku pekerja swasta, ini rezeki hasil usaha admin semoga ianya diberkati Allah. Berbalik kepada topik asal kita, ibu yang mengandung sentiasa berpeluh dan panas. Ini adalah daripada apa yang admin perhatikan daripada pengalaman seorang ibu mengandung, tidak larat untuk melakukan kerja namun dengan tulang empat keratnya dia menggagahkan diri menyediakan segala keperluan demi anak dan juga suaminya. Kain tuala yang dipegang bersama buat mengesat keringat yang menitis sudah boleh diperah namun kecekalannya untuk mempersiapkan segalanya . Jangan bertindak zalim keatas ibu dan bapa kita, kerana mereka sangat berjasa kepada kita. Adab melayu juga mengajar kita untuk berbakti kepada orang tua kita. Cintai dan sayangi kedua ibu bapa kita.