Duit PTPTN

Admin ada mengatakan kewajaran berkenaan dengan perhimpunan yang dilakukan oleh mahasiswa terlampau ini, namun maksud admin bukanlah menyokong PTPTN dimansuhkan sebaliknya pihak berkenaan mengurangkan kos pentadbirannya. Admin tidak akan bersekongkol dengan mana pihak yang drastik mencari publisiti untuk memancing undi untuk pilihan raya serta meranapkan anak bangsa melayu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN kini menjadi isu bagi mendekati pilhan raya akan datang, sememangnya banyak jasa badan ini kepada jutaan orang yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika ia dimansuhkan sudah pasti negara ini akan kekurangan pakar tempatan yang mampu membawa negara bergerak seiring dengan negara membangun, kini terdapat ramai orang memiliki Diploma, kini peringat diploma hanyalah seperti sijil SPM satu ketika dulu. Admin menyokong ia diteruskan namun jika kerajaan dapat mengurangkan peratusan tambahan dari pinjaman asal adalah amat-amat dihargai, mungkin mahasiswa yang melakukan demonstrasi kelmarin tidak sedar ia akan memberi kesan kepada mereka dimasa akan datang. Jika di fikirkan sejenak memang wajar pembayaran balik untuk PTPTN ini, kerana pinjaman telah diberikan maka hutang haruslah dibayar. Kini kos sara hidup sudah meningkat namun pendapatan disektor swasta masih ditakuk lama, oleh itu ada sebilangan pelajar ini tidak dapat membayar secara konsisten. Jika ianya dimansuhkan anak-anak masa akan datang tidak lagi mampu untuk belajar diperingkat lebih tinggi kerana keluarga kurang mampu untuk menanggung kos pembelajaran, kos sara hidup semakin hari semakin meningkta ia amat memberi kesan besar kepada pekerja sektor swasta. Admin merupakan pekerja sektor swasta yang berpendapatan rendah, sudah pasti akan datang admin tidak mampu memberikan pendidikan yang berkualiti buat anak admin dimasa akan datang, kerajaan jangan tunduk dengan desakan pelajar-pelajar yang telah terpesong dari landasan seorang pelajar kerana dihasut oleh orang yang telah menjadi gila dengan pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini semua angkara politik bukan masalah individu, buat pemimpin yang rakus mencari simpati jangan gunakan anak muda yang mentah ini. Sekali lagi admin bukan menyokong PTPTN dihapuskan tetapi apa yang admin mohon ialah kurangkan caj pentadbiran jika tidak dapat dilaksanakan admin akan bayarnya juga seperti biasa. Ini adalah demi anak-anak dimasa akan datang serta keberkatan ilmu yang admin perolehi. Walaupun pendapatan admin kecil namun admin bersyukur dengan rezeki Allah yang diberikan kepada admin, semoga berkat segala pendapatan yang admin perolehi ini. Terima kasih PTPTN, terima kasih kerajaan kerana memberikan pinjaman kepada admin sehingga admin mempunyai segulung diploma. Jika tanpa bantuan PTPTN dan kerajaan nescaya admin terpakasa melupakan niat untuk meneruskan pelajaran diperingkat tinggi.