Aksi Mat Rempit semakin ganas.

Semua barisan parti sedang mengarang manifesto untuk pilihan raya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi detiknya, pelbagai perancangan disusun rapi sebelum di janjikan kepada rakyat. Pembinaan pelbagai pusat perniagaan bagi memacu kemajuan negara di masa akan datang, pemikiran ahli-ahli politik ini sangat mantap didalam megurus tadbir pembangunan negeri dan negara. Setiap kekurangan akan diperbaiki demi memikat hati pengundi untuk memilih parti yang bertanding, berbillion ringgit akan dibelanjakan mengikut perancangan yang telah dimuatkan didalam manifesto parti. Kejayaan yang paling besar bagi mereka ialah memenagi pilihan raya serta memerintah, manakala kejayaan pengundi atau rakyat ialah memilih pemimpin atau pemerintah yang berjaya menunaikan janji serta memberikan pelbagai keselesaan kepada mereka. Namun kini permasalahan berkenaan anak muda remaja ini masih lagi ditakuk lama, malah semakin serius dengan pelbagai gejala yang tidak bermoral telah berlaku dikalangan anak bangsa melayu. Dengan kewujudan taman rekreasi yang bagaikan bernyawa apabila malam menimbulkan gejala kurang sihat, admin pernah melihat pelbagai aksi yang dilakukan oleh penunggang motorsikal yang dalam keadaan yang berbahaya tanpa pemantauan pihak berwajib. Yang amat menyedihkan admin ialah majoritinya adalah dikalangan anak melayu,  admin memohon kepada para pemimpin yang sedang mengarang manifesto untuk menghadapi pilihan raya menyelitkan bajet untuk membantu golongan anak muda remaja untuk mengurangkan populasi penunggang lagak ngeri seperti ini yang juga turut digelar mat rempit. Dengan bajet yang telah diperuntukkan kita tubuh satu badan sosial dimana para penunggang ini didafatarkan didalam sebuah kelab yang menjalankan aktiviti seperti yang mereka ingini, risiko mereka dijalanan adalah amat tinggi berbanding ditempat yang dikhaskan. Mereka hanya ingin menunjukkan bakat tetapi tempat yang digunakan adalah tidak bersesuaian dan boleh mengundang kemudaratan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Kumpulan ini menjadi semakin megah apabila dialam kelompok yang ramai sehingga boleh membawa kepada jenayah berat seperti merompak dijalanan, bergaduh serta ragut. Admin menyeru kepada para pemimpin kerana ini bukan budaya melayu yang kita agungkan, selamatkan ank melayu sebelum mereka menjadi perosak negara. Mereka adalah dari golongan anak melayu kita, keluarga juga perlu mengambil berat tentang isu ini. Ini bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh oleh para pihak berwajib, dengan hanya membuat sekatan jalan tidak cukup untuk melenyapkan populasi yang telah dijangkiti penyakit sosial ini. Ayuh Melayu! dulu anak muda memegang kersi mempertahankan melayu maka kini kita perlu mempertahankan Melayu dan Islam dengan ketajaman fikiran serta kekuatan usaha kita menangkis segala anasir-anasir luar yang kini sedang rakus meratah hubungan kita orang melayu. Jika ada duri didalam daging segeralah menarik jarum keluar balut luka yang terkena jarum jangan sampai darah menitik Ayuh Melayu! cintakan bangsa dan agama untuk kesinambungan tidak akan melayu hilang didunia. Mari sama-sama kita bergerak seiring menyelamatkan anak muda melayu supaya melayu terus relevan menjadi pemimpin dibumi melayu.