SIMBOL KEBESARAN DAN KEKUASAAN: Tuanku Abdul Halim mengucup Keris Panjang Diraja yang juga dikenali sebagai Keris Kerajaan, sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. Turut berangkat Tuanku Hajah Haminah. 

Benarkah seperti apa yang telah digembar-gemburkan disegenap media massa bahawa terdapat segelintir pemimpin kurang beradab didalam istana negara semalam sewaktu majlis pertabalan berlangsung. Admin tidak mahu mengaitkan politik didalam isu ini, jika kenyataan tersebut adalah benar ini agak memalukan kerana pemimpin yang dinyatakan itu juga adalah dikalangan orang Melayu. Ayuh Melayu! jangan la kita lupa akan kekayaan budi bahasa kita serta adab sebagai orang Melayu dan Islam. Menghina orang lain adalah satu dosa didalam Islam, jangan memalukan bangsa Melayu dimata orang bukan Melayu, kita seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kerana kita telah diberi teladan oleh orang terdahulu. Pemimpin haruslah menunjukkan akhlak yang baik sungguhpun kita manusia tidak dapat menjadi sesempurna Rasul junjungan kita ketika baginda menjadi pemimpin namun jadikanlah sunnah baginda sebagai satu garis panduan didalam memegang jawatan sebagai pemimpin nescaya orang akan menghormatinya. Admin hanya ingin memberi pendapat dan garis panduan bagi pemimpin-pemimpin dikalangan orang Melayu agar mereka megetahui bahawa orang Melayu mempunyai adab yang baik sehingga menjadi contoh dan teladan buat orang asing yang datang melawat negara Malaysia tercinta ini. Menurut laporan media pertabalan tersebut turut dimuatkan didalam "Discovery Channel" bangga Admin mendengarnya kerana dunia melihat hari yang penuh sejarah ini. Di harapkan kejadian seperti ini tidak berulang kembali dikalangan pemimpin melayu yang gah berucap dihadapan namun adabnya kurang sehingga menjadi persoalan serta bualan kosong dimana-mana media massa, Ayuh Melayu! buktikan kita bangsa bertamadun serta paling beradab dibumi Malaysia pinjaman dari yang maha kuasa buat kita untuk meneruskan perjuangan agama Islam. Ayuh Melayu! kita bersatu bukan mencaci serta menghina sesama kita. Admin ingin berkongsi dengan semua pembaca berkenaan dengan adab-adab ketika didalam majlis rasmi buat tatapan semua Orang Melayu, marilah sama-sama kita berdoa agar orang melayu akan bersatu hati didalam membangunkan negara milik orang melayu yang telah diwasiatkan oleh orang terdahulu kepada kita. Tidak akan Melayu hilang didunia namun kini Melayu semakin terhakis budaya dan adabnya, Ayuh Melayu sedarlah sebelum terlambat jangan dek kerana pahaman politik berbeza negara dan bangsa sanggup kalian gadaikan. Ayuh Melayu!




PANDUAN TATATERTIB DI MAJLIS RASMI

Untuk menjaga ketenteraman dan kelancaran serta ‘dignity’ sesuatu majlis yang memperlihatkan keterampilan anggotanya (termasuk tetamu dan perwakilan maka beberapa peraturan dan perilakuan telah diterima sebagai perilakuan yang sesuai dalam majlis rasmi di peringkat masyarakat, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Adapun kesopanan yang dianggap sesuai ialah bagi masyarakat kita yang tidak bercanggah dengan hukum dan peraturan Islam. Sekiranya bercanggah ia bolehlah di ketepikan. Agama Islam juga menuntut supaya kita bersopan santun berbudi bahasa dan berhikmah dalam perkataan atau percakapan. Antara perinsip yang selaras dengan Islam ialah tidak bermegah, bersikap sederhana dan tidak membazir.



PAKAIAN & ADAT DALAM MAJLIS

1. Pakailah pakaian yang bersih dan betul mengikut yang diterangkan dalam jemputan. Yang tidak mematuhi peraturan pakaian mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke dalam majlis.



2. Pakailah pakaian yang bersih dan betul mengikut yang diterangkan dalam jemputan. Yang tidak mematuhi peraturan pakaian mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke dalam majlis.



3. Jika pakaian majlis adalah pakaian kebangsaan bersongkok, maka songkok yang sesuai adalah dari baldu hitam atau biru gelap tanpa corak. Songkok hendaklah dipakai tegak, tidak senget ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau ke belakang hingga nampak gigi rambut atau bertenggek kerana terlalu kecil atau bolos kerana terlalu besar.



4. Sampin hendaklah sederhana labuh kira-kira di paras lutut. Lengan baju dilabuhkan dan tidak tersinsing. Demikian juga seluar yang mengheret ke tanah mahupun tersinsing. Baju dan seluar hendaklah sepasang sama jenis kainnya dan berkasut.



5. Wanita Melayu, pakaian rasmi Melayu adalah baju kurung atau kebaya labuh, atau baju kurung fesyen yang memenuhi peraturan jemputan, dan tidak terdedah kerana terbuka (termasuk di bahu, belakang atau perut) atau kerana jenis kain yang jarang. Butang leher hendaklah dilekatkan. Seluar tidak dibenarkan. Hendaklah berkasut (bukan sandal atau selipar yang terbuka di belakang), berselendang sama ada diletak di bahu atau bertudung (mini telekong).



6. Jangan meninggalkan tempat duduk, bercakap-cakap, bersila panggung, kaki diatas kaki, batuk-batuk, ketawa atau berdehem dengan sengaja. Semasa duduk dan berdiri perlu rapatkan kaki. Jangan menggoyang-goyangkan kaki. Semasa berdiri tempatkan tangan ditepi dan jangan digoyang-goyangkan.