Mengapa kita harus bersengketa dewasa ini wahai saudara - saudara sekalian , kerana faktor politik? Jangan mudah melatah dan melenting, jangan biarkan orang lain meratah perpaduan orang Melayu yang empunya negara ini. Mereka sedang merancang sesuatu bagi menghancurkan kehebatan kita sebagai orang Melayu serta empunya negara ini, jangan disuatu masa kita sudah terlambat baru kita mahu memutihkan apa yang telah dihitamkan. Kekuatan kita adalah dengan perpaduan serta bersatu. Kita kini cenderung berbalah jangan wujudkan peperangan suadara antara kita sesama Islam dan bangsa tercinta kita Melayu, darah merah yang mengalir adalah sama dengan kita. Bila sesuatu pihak sudah menang sanggupkah anda meraikannya? jika jawapannya sanggup, terbukti sudah anda bukan Melayu sejati serta patuh pada islam sehingga sanggup meratah manusia yang bergelar Islam dan Melayu sedangkan anda juga adalah dari bangsa serta agama yang sama. Ayuh Melayu!! bangun dari tidur, kita sudah mahu karam dibumi kita sendiri, mari kita tiupkan semangat bekerjasama serta berpadu tenaga menepis segala provokasi yang bakal menghentam kita orang Melayu. Ayuh Melayu jangan teruskan keja-kerja yang bakal merosakkan bangsa kita sendiri. Ayuh kita bersatu!!