Datuk Seri Najib Razak dan David Cameron


 Memang sesuatu yang sangat membanggakan kerana sebuah negara yang besar juga merupakan negara yang maju pemimpinnya mampu merendah diri dengan memuji negara orang Melayu yang dipimpin oleh anak melayu dan keluasannya hanya sekangkang kera, tetapi dinegaranya sendiri pemimpin yang dipuji ini adalah seorang pemimpin yang sering dihina oleh rakyat yang merasai kenikmatan hidup dinegara tersebut  ia adalah dari hasil pemikirannya selaku seorang pemimpin. Adakah orang yang mengkririk beliau setanding kehebatannya jika kerusi tersebut disandang oleh kalian yang sibuk mendalami kesalahannya. Pemimpin yang gah dimata dunia David Cameron perdana menteri Britain mampu menabur kata-kata pujian keatas beliau namun di Malaysia kata pujian menjadi kata-kata kejian yang ingin dilontarkan sebagai tanda terima kasih kerana pembangunan dan keamanan yang dikecapi sehingga hari ini. Pujian yang diberikan adalah berkenaan dengan keselamatan dan undang-undang yang baru-baru ini digubal , admin yakin keamanan yang berterusan ini adalah hasil kematangan serta kemantapan pentadbiran beliau selaku pemimpin negara. Pemimpin besar dari luar negara ini ingin menjalankan aktiviti perdagangan dengan Malaysia, jika ekonomi tidak ditadbir urus dengan baik beserta dengan pelan induk ekonomi bagi menerajui pasaran antarabangsa sudah pasti negara Melayu yang kerdil ini tidak menjadi lokasi bagi persinggahan seorang pemimpin negara luar seperti beliau. Namun orang yang banyak menentang mencerca pemimpin ini adalah orang melayu, sifat orang melayu yang dikatakan tamak harus diubah menjadi sejarah yang tidak akan berulang dimasa hadapan. Namun kini semua pemimpin ingin berada ditempat beliau kerana mereka yakin akan buat sesuatu yang lebih baik berbanding beliau, jika yang kita ingin mentadbir itu ialah kandang lembu mungkin boleh kerana lembu tidak tahu berfikir dan tidak mempunyai kehendak yang melampau. Orang melayu kini banyak dimanjakan dengan pelbagai bantuan, namun masih alpa didalam menghormati pemimpin yang banyak berjasa ini. Ayuh Melayu! sedarlah, jangan terlalu angkuh dengan pangkat dan nikmat. Kini ramai pemimpin sibuk melobi untuk memancing undi di PRU-13, layakkah kalian untuk memegang tampuk pemerintahan? Mampukah kalian menyatu padukan kembali orang melayu? Jangan hanya mengejar pangkat semata-mata, semuanya dikatakan tidak boleh dipercayai. Ini adalah salah satu provokasi pelbagai pihak bagi meraih undi, orang melayu bertelagah dengan sendiri bangsa lain tersenyum sinis menyucuk jarum menambah perasa bagi menyedapkan lagi perjuangan mereka demi kepentingan politik mereka. Ayuh Melayu! kita tidak akan karam jika pengemudi kita begitu gah seperti beliau, serta jaringan agama kita sandarkan kepada Tok Guru kita. Semoga Tok Guru Nik Aziz sihat hendaknya, kedua pemimpin ini harus kita sanjung kerana agama dan juga kesinambungan kemajuan negara. Jika pergerakkan ini seiring nescaya orang melayu bukan bangsa yang lemah lagi. Ayuh Melayu! sedarlah kita hampir karam kerana dibadai pemimpin yang bagai ombak begitu rakus membadai pantai meranap kapal yang dikemudi oleh orang melayu! Hidup Melayu! marilah sama-sama kita berjuang menyatupadukan kembali Melayu, tidak akan melayu hilang didunia namun kini melayu semakin pudar adab dan budayanya kerana asyik dirobek oleh orang melayu yang rakus ingin mentadbir bumi melayu wasiat dari orang terdahulu buat kita hari ini. Jangan melayu merempat dibumi sendiri kelak kita merana diri dek kerana kerakusan sendiri, anak melayu harus mengerti hidup didunia perlu diberkati jadilah insan yang berbudi kerana Melayu itu tidak akan mati lenyap sendiri dibumi tercinta ini.