Bukan wajah anak melayu



Perjuangan kali ini adalah kerana PTPTN sememangnya ada kewajaran dan juga sebaliknya, jika dilihat dari sudut kewajaran kini taraf hidup semakin tinggi didikuti pula dengan pelbagai hutang yang berantai dimana dengan rumah dalam tempoh 30 tahun manakala kereta dalam tempoh 9 tahun. Para pelajar yang selesai didalam pengajian Diploma akan bekerja untuk mengisi keperluan hidup mereka serta pendapatan yang dijanjikan untuk graduan lepasan Diploma adalah RM1500 sebulan jika kita fikir sejenak bagaimana hendak melayari kehidupan dengan hutang PTPTN pula. Namun ini bukanlah salah kerajaan ini kerana pihak keluarga tidak mampu untuk menampung perbelanjaan anak yang berada di menara gading, maka jalan terbaik untuk mahasiswa ini untuk meneruskan pengajiannya adalah dengan pinjaman ini. Maka disatu sudut ia adalah relevan , jika ia diteruskan sebenarnya rakyat dapat pelbagai manfaat ini kerana dengan adanya PTPTN ini taraf hidup boleh ditingkatkan. Ini kerana lepasan SPM biasanya akan memperolehi pendapatan didalam lingkungan seribu dan kebawah manakala untuk lepasan Diploma adalah seribu lima ratus sebulan. Tetapi bagaimana jika sudah berkahwin? untuk menampung keluarga dengan hanya gaji sebanyak itu tidak mencukupi didalam bandar yang membangun, Admin mengalami situasi ini dan merasakan nilai seribu lima ratus adalah sangat kecil bagi menampung kos sara hidup dimasa kini. Diharapkan pihak berwajib perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk menangani masalah ini. Mahasiswa anak muda melayu sekalian sememangnya anda berani tetapi saluran atau cara yang anda lakukan ini adalah tidak benar dan sekaligus dipandang serong masyarakat sekeliling, Jangan menjadi seperti anjing menyalak bukit. Menjalankan demonstrasi jalanan dengan membawa gambar pemimpin negara serta dikalungkan bunga, ini bukan satu gurauan yang sama tarafnya seperti rancangan realiti yang popular di astro. Ini adalah soal maruah pemimpin negara yang menjadi tunggak pemacu aliran ekonomi negara, pelbagai kemajuan serta kemudahan yang kita kecapi adalah kerana beliau. Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara haruslah bertindak dengan jalan yang bermaruah sebagai orang melayu yang beradab. Jangan terlalu ikut desakan pihak atau mana-man pemimpin politik, ini kerana sebagai seorang mahasiswa masa depan kita adalah bergantung pada segulung sijil yang bakal kita perolehi kelak. Jangan mempersia-siakan masa depan anda sendiri, ini kerana ramai graduan yang masih menganggur kerana tidak dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan untuk memperolehi peluang pekerjaan. Admin berkata-kata berdasarkan pengalaman, orang akan memandang hina jika kita tidak memajukan diri kita. Pengalaman admin jatuh satu ketika dulu bagaikan mimpi ngeri yang admin doakan agar ia tidak kembali lagi, bukan mudah untuk memulakan hidup ini. Para ahli politik mereka sudah mempunyai aset bagi menampung kehidupan mereka namun kita perlu mencari sinar harapan bagi menggapai matlamat. Ayuh Melayu! kita bukan lemah juga bukan bodoh, hargailah peluang yang kalian perolehi demi menjamin masa depan gemilang. Ayuh anak melayu kita menjadi orang yang beradab jangan sampai terhakis budaya peradaban ini sehingga tergugat perpaduan kita sesama orang melayu.