Pengundi hantu menjelang pilihan raya

Tatkala menjelangnya pilihan raya pelbagai parti politik akan cuba membanteras hantu-hantu supaya keadilan didalam keputusan pilihan raya adalah bersih, yang menjadi masalahnya hantu ini terdapat dikedua-dua belah pihak. Namun kewujudannya masih samar, menjadi satu alasan untuk menutup kekalahan didalam pilihan raya hantu yang dipersalahkan. Isu pengundi hantu adalah isu yang pasti akan berbangkit menjelang pilihan raya, sungguhpun terdapat badan yang menguruskan sepenuhnya pilihan raya ini namun ketelusannya diragui sehingga mencetuskan demonstrasi jalanan baru-baru ini. Jadi bagaimana harus kita jalankan pilihan raya jika semua pihak tidak berasa yakin diatas ketelusan badan ini? Jika semua badan yang ditubuhkan diragui siapa yang perlu bertanggungjawab untuk pilihan raya kali ini? Kini dikatakan terdapat 1.7 juta orang pengundi hantu di Malaysia, dengan keluarnya kenyataan ini sudah pasti akan membangkitkan kemarahan pelbagai pihak keatas badan yang bertanggungjawab didalam pilihan raya. Sudah pasti akan timbul kembali kejadian yang sama seperti pilihan raya yang lalu dimana terdapat ramai pengundi yang dikatakan pengundi hantu atas alasan orang tersebut bukan penduduk tempatan, tercetusnya perbalahan dan persengketaan diantara ahli parti namun yang menyedihkannya ialah mereka dikalangan orang melayu. Disebelah pihak memegang sepanduk dengan laungan bagi menaikkan kemarahan pihak yang ditandinginya, jika tercetusnya pergaduhan ditengah lautan manusia yang sibuk ingin memangkah undi itu ialah orang melayu. Mengapa mereka bertindak sedemikian? Ini adalah kerana hasil dari kejayaan pemimpin parti yang telah meracuni fikiran para pengundi dengan kenyataan seperti ini, jadinya jika orang tempatan melihat kelibat orang yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini maka secara automatik orang tersebut adalah pengundi hantu yang seramai 1.7 juta itu. Sampai bila kita perlu berpecah belah apabila berlakunya pilihan raya wahai orang melayu, cukuplah dengan apa yang telah terjadi sebelum ini kita jadikan sejarah. Gunakanlah kematangan fikiran serta peradaban kita ketika berlangsungnya pilihan raya, pemimpin yang kalah janganlah mahu menunding jari keatas badan tertentu kerana kekalahan sewaktu pilihan raya. Dengan kekalahan tersebut masih lagi cuba untuk mengahasut pengundi dengan meracuni fikiran mereka dengan alasan yang tak munasabah maka tercetusnya pemberontakkan para pengundi keatas badan yang menguruskan pilihan raya ini. Ayuh Melayu! sedarlah, jangan terlalu kita mudah terpengaruh dengan janji manis mereka. Kita perlu bijak menilai bukan membantai sewaktu berlakunya pilihan raya, orang melayu perlu bersatu bukan bermusuh antara kita.  Admin berharap kita sama-sama dapat adakan pilihan raya yang aman dan adil pada PRU-13, admin tidak berada dimana-mana pihak. Admin mahukan orang melayu bersatu demi kesinambungan generasi akan datang, apa yang admin risaukan ialah perbezaan politik akan memecah belahkan orang melayu. Admin sudah melihat ia sudah terjadi namun masih lagi dalam keadaan yang terkawal oleh itu admin merayu agar kita sesama melayu sedar kesilapan ini. Admin sayangkan melayu dan agama Islam oleh kerana itu admin terpanggil untuk menyeru semua orang melayu yang berlatar belakang serta fahaman politik yang berbeza namun jika kita duduk semeja sesama kita, kita adalah melayu yang kukuh perpaduannya. Ayuh Melayu! cintakan bangsa dan agama kita!